Jiran #lifebebels

-ft. Paris In The Rain by Lauv

Hi wassup hello everyone.

So maybe this is a very short but lovely entry, ceh haha and good morning everybody! (what a hyper way to start your blog and day) Anyways, sebab tulis entry sebab I currently dekat rumah sebab tengah cuti jadinya I can see them almost everyday, so teringat kisah dulu kala kanak-kanak ribena with them. I will only pick some memories yang I rasa the best lah, 3 best top jiran tetangga moments gitu. Another reason why I want to blogging about this because I takut lupa benda-benda ni semua sebab so precious dan boleh lah cerita kat cucu-cucu I suatu hari nanti haha.

First, kan mesti ada van milo akan datang sekolah ke sekolah bagi air milo cup kecik kan. Lepastu balik dari sekolah, kami (merujuk kepada siblings I) pakat-pakat dengan jiran nak sambung telefon cup tuh dari rumah ke rumah. Masa tuh kami berkawan 4 buah rumah lah so benang or tali tebal tuh memang terbelit-belit lah haha. Sekarang mana dah merasa sebabnya dah ada phone canggih-canggih kan nak panggil kawan main pun buka whatsApp ja tapi itupun kalau keluar main lagi parah main mobile games ja especially Mobile Legends lol. Tujuan kami buat benda tuh supaya senang nak panggil main haha. Siap letak loceng lagi. Cuma yang lawak paling lawak bila rumah jiran kami tu bertentangan, maksudnya ada jalan raya yang memisahkan, dia punya gigih sambung benang tuh kemain, kalah Alexander Graham Bell haha.

Sumber abadi: Google images

Secong thing, selalu petang-petang lepas sekolah petang sebabnya pagi sekolah kebangsaan tapi belah petang ada sekolah ugama skirt hijau tuh. So lepas habis sekolah petang, kumpul and main sama-sama. Kalau tak ada kereta, duduk main tengah jalan raya, lumba lari. Walaupun I gegirl, main je semua like tapak idk orang lain paling apa but I can still see budak-budak sekolah rendah main sampai nowadays sebab benda tuh murah and senang nak main alah benda yang macam kotak kena tepuk-tepuk tuh. Tapi mainan ikut musim juga like kalau musim basikal, basikal je lah, lepas tuh kalau musim kereta control, main kereta control tak kira lah girls main je. Kalau main masak-masak together siap petik bunga mak-mak kitaorang haha (sorry mak and makciks). Sangat seronok lah masa tuh.

Last but not least, experience masa pergi kelas KAFA or mengaji. Pergi mengaji juga bersama-sama jiran haha. But tak boleh lupa masa, kena pergi kelas mengaji tuh jalan kaki and kelas mengaji tu every Friday night so macam takut-takut lah, duduk kata malam Jumaat ni banyak hantu and everything haha and ada yang nak sedapkan hati, kalau hari Jumaat malam Sabtu lah bukan malam Jumaat. Masa tuh kanak-kanak ribena lagi rasa macam but it's still Friday anyway, Jumaat tetap Jumaat. Bukan setakat takut balik jalan kaki sama-sama but takut anjing juga sebab memang banyak jiran-jiran yang bela anjing and idk why I feel setiap hari Jumaat malam tuh anjing-anjing nation sekalian a bit liar than usual lol bunyi macam pakar anjing lah pula lol menurutu pemerhatian saya sahaja #justsaying. Ada yang siap menangis lagi sebab takut lahai *cries* haha. So beriya berzikir ikut yang ustaz ajar masa tuh and jalan kaki ramai-ramai tak ada lah takut sangat because I feel masa tuh, whatever happens, kitaorang ada each other and ingat balik so lawak lol.

Sekarang everyone like growing up already, and ada yang dah kahwin pun. Dah tak main sama-sama macam dulu but I know, we're always in each other's heart. Macam dah terpanjang pulek haha. Tuh lah, kalau dah start bebel tak hengat dunia. Okay that's all for now, if you're reading this, I wish you have a good day today! Bye yáll.

Let you be you, let me be me. Be the best version of you.
Love, A.

Comments