Best Places to Visit in Kelantan: Herbal Line Beauty House (unexpected!!) #beautybebels

- ft. Rude by MAGIC

Hi wassup hello everyone.

So nampak tak tajuk apa, yes dah ada word "Kelantan" balik so finally I am back here in Kelantan again sebab sem baru dah nak start. Okay actually dah balik semalam and why I balik awal is sebab I nak direct flight I malas nak transit. Disebabkan takda direct flight 30 or 31 Disember so I kena balik 29 Dis atau 1 Jan. I malas nak hadap compound whatsoever if balik lambat, lambat = 1 Jan = ada assembly (sebab I dah pernah kena denda sebab I pernah skip apatah event harituh dah lah kena buat surat lepastuh kena denda pergi another event entah apa apa tah so I malas) so yeah thats why I balik okay? No more questions please haha. 

So balik ke tajuk, I pergi buat treatment facial today oyea oyea. Sebabnya muka I breakout terok right now like nampak lah scars (cis padahal selama ni sama je, buruk) hehe, lagipun I tengah free kan so why not. Takde lah first time buat treatment cuma I lama tak but facial since last time I buat tuh my skin rosak then dah tak buat dah. But of course I tanya people, Googling and stuff sebelum pilih this Spa, treatment yang dulu bukan kat sini.

But actually Spa yang ni I tanya one of my friend (Hi Sya! *lambai* if you're reading this lah hehe) since dia regular customer and her skin an A+ so I pun rasa confident lah nak pergi. Since I dah Google so I tau lah what kind of treatment and the pricing list. So if siapa nak tau ada facial treatment ape je Google je ''Herbaline treatment and price'' so keluar lah treatment and price. I rasa Herbaline ni ada kat semua negeri, type je lah ''Herbaline *insert nama negeri korang". Mungkin lah harga lain sikit dari web depends on the negeri maybe and also the GST and SST thing. Miss kat situ siap cakap, mungkin next year pricing dah berubah so janganlah terkejut bukan penipuan haha, just because of the SST thing.

Okay proceed! First I sampai, nampak kecik je dari luar, I macam betul ke tak, tak sama pun macam Google   images sebab lagi lawaaa! *hyper mood on*. Lepastuh kan adalah satu "Miss" I panggil, nanti kalau I panggil "Madam" belum kahwin terasa hati pula so "Miss'' je lah hehe. So dia takde lah consulting our skin, dia akan tanya nak treatment yang mana tapi kalau I, I was so clueless so I tanya dia nak suggestkan what kind of treatment yang sesuai last last dia suggest yang biasa je tapi I ambil lain sebab risau makin terok haha. Dia cakap my skin takde lah terok *tak ada unsur riak* sebab tuh dia suggest hok biasa jah tapi I nak faster result cewah gitu haha, so I ambil 'Micro Peel Skin Rejuvenating Treatment'. Memang lah customer yang akan pilih what kind of treatment yang mereka mahukan tapi Miss tuh kata kalau skin condition tak mengizinkan they won't let juga, bukan memandai mandai. Since my skin condition was quite okay ehem they let me. 

I sebenarnya freak out sebab dah ada macam tompok hitam bekas jerawat kat my cheeks tapi dia kata belum jadi scars pun lagi itu baru tanda je. Ye betul, meninggalkan tanda tanya dan tanda tak puas hati betul kat my cheeks tuh. So masih boleh dibendung katanya lepastuh suggestkan produk, amboi bijak. Yang kurang bijaknya I, turut tergoda lalu terbeli haha. Reason I sebab I dah stop semua skincare now kan so takpelah try je dulu yang ini hehe.

So mula mula dia akan bagi kita cuci kaki dulu. I ada baca lah kat internet ni kira signature from this spa. Sepatutnya cuci kaki guna ikan ikan tapi tak da rezeki kolam ikan cuci kaki kena cuci so I cuci kaki guna sebatian misteri dijamin halal but sumpah makin masuk makin cantik Spa ni ya aulo. Lepastuh proceed naik tingkat atas, tempat buat treatment dalam bilik. Lepas masuk bilik tuh, dia suh tukar baju to baju khas kat situ (adalah baju and cara nak pakai rahsia haha I  wonder customer lelaki pakai macam mana baju tuh haha) then treatment pun bermula.

Belah situ kolam untuk cuci kaki ikan ikan tapi tengah kosong :( Oh lepastuh, kena pergi hidu this one kira aroma therapy lah kira untuk relaxing. Takut I mula mula tuhsebab ye lah, aroma therapy tuh dalam satu bekas besar berasap mendidih lak tuh cis. Lavender katanya.

Takde lah spesific sangat treatment yang dia bagi, I agak je lah sebab I tutup mata masatuh and based on my readings dekat website diaorang kan aha so here I elaborate dalam point je lah ea haha. 

View I sepanjang treatment dalam bilik tuh. Sejuk aircond kuat nasib baik selimut 3 lapis.

1. Micro Peel treatment- yang ni rasa macam sakit sikit, keluar juga setitik air mata jantan haha, dia kira macam checking blackheads and whiteheads yang dah lama so kena tekan kuat sikit, I tau jawapan dia sebab I tanya kenapa sakit sebab I pondan kesakitan 

2. Feather Light Quick Cleanse Treatment - yang ni is like ada satu alat penyedut kut, akan sedut sedut kat muka then lepas habis tuh dia akan bagi tunjuk how dirty our skin I was like ew haha sebab cotton tuh dah tukar colour so I imagine bertapa teruknya my skin before this syukurlah telah dinyatijah kan, semua kotoran yang telah disedut dari muka ada kat cotton tuh

3. Ultrasonic Cold Stabiliser Treatment- yang ni the best part of the treatment sebab rasa sejuk and cool je. Rasa macam ada gel penyejuk, treatment ni untuk cool down skin yang telah ditekan dan disedut tadi ah nyaman banget

4. Face Massage- I suka massgage ni sebab bukan je kat muka je sekali kat leher chuols, kira relaxing time lah sebab dah lalui banyak treatment and gap sebelum ke next treatment

5. Fluergie Advanced Moisturising Bio-Cellulose Mask Treatment- pakai mask je lah, okay je relaxing 

6. Oriental & Western Shoulder Massage- urut urut leher, lepastuh tangan and belakang takut lenguh dah lama baring kan

I ingat dah habis macam gitu je, last sebelum tukar baju kita balik, dia akan bagi kita minum teh dengan serai, okay je rasa dia, manis gitu, gain energy kut entah haha. Comel je cup ala ala Japan.



Then, ada lagi! I ingat dah habis! Dia suruh I duduk untuk makan dessert, wow gituh. Tempat makan dia pun cantik ala ala garden theme love terok!



So far so so so good! I suka sangat this place indah aaaaaaaa hahaha. Unexpected sebab I ingat facial treatment gitu je rupanya cuci kaki sampai ke dessert A+. Sebelum balik pun pekerja situ cakap kalau tak elok datang je balik manatau allergic ke. Oh nanti I akan tulis progress my skin if elok boleh repeat if tak elok thank u, next! Have a good day tommorow okay everyone, thank you for reading! Bye 

Let you be you, let me be me. Be the best version of you.

Love, A.

Comments