Makeup Class 2019 (First-Timer) Part 1 #beautybebels

-ft. I Don't Care by Justin Bieber

Hi wassup hello everyone.

I'm back! Hahaha! Last post 30 December 2018, lama lah kan! Satu semester tak blogging, almaklumlah final semester busy angat but I'm free now!! I dah habis degree so siapa nak masuk meminang dah boleh kot come come eh, tiber. Okay, I dah balik Sabah dalam 2-3 weeks lah gitu dah officially penganggur berjaya.  So yeah, this is my first time pergi kelas makeup! Hahaha sorry lah, umur 23 tahun nak pergi kelas makeup sis noob. Sebab tak sempat lah masa study, so dah habis study  ni and cun cun ada makeup class Raya Edition ni sebab dah nak raya tinggal beberapa hari lagi, I pun join lah lepas my parents bagi greenlight hehe. 

So, I akan share apa yang belajar tadi and campur gaul pengetahuan I lah, takda lah noob sangat, I suka juga skincare and makeup thingy ni, sometimes I pergi discover things juga. I buat notes bhai tadi, bukan kaleng kaleng cheng cheng hahaha, beriya tulis notes padahal kelas lecture pun duk main PUBG dalam kelas hehe. Move on lah dah habis study kan okay bye. Let's get it started!



Chop! Kejap nak bebel sikit haha. Class tadi I pergi dia provide notes lah susunan cara makeup which is very very good. But, bukan bitter but this is my own experience lah, sebab before this I pernah tempah MUA masa tuh I dinner untuk my final semester. I was shocked at that time sebab tebal sangat hahaha, I terkejut, I tak suka, tak suka tebal tebal. I rasa macam nak padam balik je semua tapi dah bayar mahal so takpelah takkan nak membazir amalan syaitan, but I actually padam half of my look especially my lips haha, I tak boleh lah pakai matte sebab my lips merekah walaupun dah letak seribu ratus kilo lip balm or vaseline kan.

Look kita in real life sebenarnya sangat lain bila kita pakai makeup and also, bila kita ambil gambar. My MUA (final semester dinner) said I look superb gorgeous dalam gambar, ye lah camera mahal kot, lighting mantul  manteppo lah, but in real life,  lain sangat. Nampak over  and bercapuk nyah hahaha and tadi pun, my cikgu makeup tadi kan she said pakai je tebal tebal sebab dalam camera akan nampak okay. I rasa kan MUA or any cikgu makeup akan said pakai pakai tebal tebal sebab I rasa diaorang kejar look selfie and dalam gambar than irl. I sebenarnya, nak nampak okay in real life than camera, faham tak. Nak nampak normal look irl bukan cantik dalam gambar but irl tak seindah dalam gambar haha, get it but I don't know sorry if I jakun or I kampungan but yeah, my opinion lah. So if anyone yang baru nak try makeup makeup ni janganlah terkejut kalau foundation 5 ratus lapisan dan sebanyak dosa kita ya. I memang biasa makeup but light light gitu, everyday makeup look aje this is something whole new thing for me haha. I rasa makeup look my ini sesuai untuk important events ke ha camtuh lah kot. Pandai-pandai lah sesuai kan ikut keperluan I mean event yang you guys nak pergi, yang ni bukan untuk daily makeup look ye and look kita sangat dipengaruhi oleh skin type yang kita ada.

Of course muka flawless, lagi senang nak makeup, lagi senang, orang Sabah bilang lebih senang paitung haha. So let's begin! *setelah 5 jam mukadimah* 

I akan ikut susunan ikut class makeup I yang I pergi tadi  to achieve this Makeup Raya Look.

1. Skin Care
Okay this is so important, sebabnya nak elak daripada kulit muka kita rosak ye. Pakai skincare dahulu sebelum start pakai makeup. Ikutlah routine skincare korang, terpulanglah nong.

2. Primer
Primer ni I baru tau ada beberapa jenis, contohnya primer jenis silicon. Sumpah baru tau harini ada primer silicon haha. Primer jenis silicon ni khas untuk kulit muka yang berlubang bekas jerawat tu, fungsi dia bagi rata balik. Konsep dia macam tar jalan. Kalau nak ratakan jalan kena timbus dulu kan bagi rata baru tar supaya nak helok je hehe. Harsh ke contoh I, tak kan hehe. Contoh aje. So siapa yang rasa ada berlubang bekas jerawat ke chicken pox ke boleh guna primer silicon ni. Dia bukan macam primer biasa. I tak berani nak syor kan I bagi contoh je lah ye, yang kat drugstore tuh brand Maybelline Baby Skin Instant Pores tuh. Primer yang lain matte, tinted and also corrector.
Gambar Google je nong. Ini contoh primer silicon yang termurah I rasa, yang I tau lah setakat ni, and kira okay lah and senang dapat, kat drugstore je so senang cari.

3. Corrector 
Usually akan pakai colour orange dan hijau sahaja. Hei! Bukan hijau pokok pisang ye hijau pastel tuh lah. Kalau colour orange tu boleh lah guna red / peachy lipstick ke, nanti adjust je lah ikut keperluan muka masing masing kalau nak jimat kalau hijau tuh tak tau nak replace apa, so beli je lah corrector tuh ye  hehe. Drugstore ada aje, contohnya brand Catrice tuh.


Hijau= Jerawat atau benda yang berwarna merah-merah kat muka
Oren= Tempat-tempat gelap contohnya dark circle atau tepi-tepi mulut




I bahagi dua lah untuk concealer ni fungsi dia lain sikit walaupun dia terang terang tulis concealer I nak panggil corrector juga haha keras kepala betul. Sebab nanti confuse so I pisahkan antara dua benua ye ha gitew. Tapi corrector ada dua jenis, yang jenis palette terletak and jenis stick. I bagi tunjuk concealer Catrice ni kira termurah and okay, and sudah pastinya ada kat drugstore senang cari & beli. So apa tunggu lagi guys, beli guys! Hasutan* hehe.

Hok concealer stick selalunya lebih mahal lagi  & of course lah terhad satu colour je. Kalau I suggest beli yang banyak banyak sekali tu lagi berbaloi lah bagi I, tapi apa apa pun kuasa memilih ditangan anda, anda tentukan, hihi. Ni pun gambar hok Google ye.

4. Concelear
Concealer ni pula untuk cover warna warni kehidupan corrector tadi. Lapis je dengan warna warna kehidupan hok hijau ke merah ke jingga semua tuh lah. Warna concealer perlu lebih light dari warna foundation. 




5. Foundation

Cikgu makeup I bagi tau kalau nak try warna foundation, kalau boleh jangan try dekat tangan sebabnya warna tangan dengan muka berbeza apatah lagi kalau suka bawa kereta, motor confirm, confirm colour kat tangan beza.

Continue writing on 23/7/ 2019 for some reasons. Ehe. 

I am so sorry buku nota I tulis notes waktu kelas makeup tuh tertinggal kat rumah tau I sekarang tengah cuti cuti Malaysia kat kampung so I tak tau sambungan nya apa. Memanglah I reti makeup tapi tak ikut urutan main belasah ikut sukahati I wkakaka mohon maap ibuk ibuk bapak bapak. So I decide nak buat beberapa part lah tengoklah macam mana kesinambungannya haha sebab macam terpanjang pula, ye lah kelas I tu bukan sejam dua 8.00 pagi sampai 4 petang gitu kan lama tuh. Nanti I sambung lagi ye. Sorry lah I baru dapat update balik sebab interview harituh. Weh, dah interview weh! Dah tua! Dah nak kerja sendiri pastuh ada duit sendiri dah tak rasa bersalah kalau nak membazir!  Aip k sis gurau je haha. Ketemu lagi ya temen temen, thank you for reading! Bye 

Let you be you, let me be me. Be the best version of you.
Love, A.


Comments