Hedwig Books & Cafe #cafebebels

- ft. Times by Marshmello & The Chainsmokers & Halsey

Hi wassup hello everyone.

I'm going to talk about hisptur cafe (dalam Malaysia je ye, of course) yang I pergi. So, cafe Hedwig Books & cafe ni bukan cafe first yang I pergi, tapi rasa nak opening topik cafe hispter ni gempakz so ambil lah Hedwig Books & Cafe ni atau aku panggil kafe ni Harry Potter Cafe haha sukahati aku. I made a video but tak boleh upload lagi, because my video still in raw mode and yang dah diedit ada watermark nama aku so kena re-edit and software takde lagi since tukar so payung gambo-gambo menarik je eh, maap.

First impression? Okay macamni actually start dia aku pi cafe tu. Aku kena pergi satu tempat area sana juga lah so alang-alang dekat area-area cafe ni aku teringat lah nak pergi lalu aku pun tempah lah GrabCar. Lepastu aku ingat Grab ni tahu leh semua tempat, tapi driver ni pun tak tahu macam aku juga so aku join lah juga dia cari cafe ni haha. Lepastu, round punya round, sampailah Grab tu kata dah sampai ni kena drop-off sini. Lepastu aku macam, mana dia cafe dia ghupenye ada sebuah tangga yang kita kena naik, banner pun ada cuma masa tu kena tiup angin tak nampak sangat. KOT. Haha.

Disini baru bermulanya first impression yang betul-betul hehek. Tangga yang nak pi cafe tu creepy lah sikit sebab gelap nasib tak lama menaikinya. Sepanjang jalan tu adalah lukisan-lukisan kreatif yeh. Jadinya aku pun masuk lah, pintu cantik juga ye. Lepastu aku round-round, belek-belek buku (padahal tak baca apa pun hehek), order makanan, minuman, duduk makan then ambil-ambil gambar.

Conclusion aku is, tempat menarik kalau nak lepak dengan temen-temen, chilling sebab disini ada provides games juga yang aku nampak jenga (yang staff dia duk main, ye lah staff cafe ni sebab uniform sama) kot and ada lagi yang lain-lain aku tak cam, scrabble kor. Lepastu buku-buku sangat banyak helok, kalau tak reti bahasa baca bahasa Inggeris, novel-novel Melayu juga ado jangan risau,  bangsa membaca jiwa bangsa gitu. Loner or forever alone sesuai ngat mai sini nak chilling haha (aku lah tu). Paling best kat sini photo booth lah, ada costumes, tongkat sakti nak sumpah sesiapa jadi katak pun ado. Yangn lain-lain tu dinding yang dilukis dengan indah. Kalau loner ada juga staff-staff sana yang boleh tolong ambil kan gambar yang elok, dan manis-manis belako, siap bagi support untuk ambil gambar lagi haaa gitu, bukan macam certain cafe nak ambil gambar pun kena jeling nak terkeluar biji mata ye dok hehek. Banyak cakap  pula, mari sis payung gambar-gambar ohsem dari cafe tu. CUMA, makanan dan minuman kena try sendiri sis tak mention apa-apa pasal mereka punya makanan dan minuman so faham-faham je lah, sekian harap maklum hehek, overall okaaay lah.
Boleh lah nak bergambar start dari bahagian ni ye siap ada frame lagi. Tapi seeloknya pi pakai costume dulu lagi letops nanti buleh upload kat Instagram haha.

Ni one of yang cute deco for me dekat sini sebab tu ambil gambar (walhalnya sebuah terowong sahaja lol)

Ni makanan yang I sempat rasa (no comment haha) dan minuman yang beli, perasa Green Tea yang ni nak comment helok perghhh sedap, kalau peminat Green Tea macam iols ni boleh lah cuba, because mostly I nampak dalam menu chocolate je oh no-no-no I tak suka coklat sib baik ada Green Tea menyelamatkan ambo. Oh satu lagi lupa nak mention, deco makanan-makanan dia semua comels-comels geram nak makan macam yang I punya, comel sebab tu beli hehek.

Ni part costumes berserta dengan tongkat sakti nak sumpah sesiapa jadi katak tu. Tongkat? EH JAP, TONGKAT KE KAYU SAKTI whaaat the haha whatever lol. KAYU SAKTI GUYS! Okay ada dalam 3-4 kayu sakti and ada spek mata comel-comel frame bulat boleh pakai so package lengkap ala-ala dalam cerita Hay-Ry Pow-Tah (British accent macam slang dalam cerita tu lol)

Ni rak buku dari view depan, boleh lah nak baca apa pun, bangsa membaca jiwa bangsa kuikukui.

Okay sekian sahaja pengalaman saya dari cafe ni, oh pasal video tu nanti saya upload ye tengoklah dalam entry ni ataupun entry baru. Thank you for reading y'all, xoxo.

---Updated!
Here's the video.


Let you be you, let me be me. Be the best version of you.
Love, A.

Comments