Food-Reviews: Chizza by KFC #foodbebels

-ft. Dari Mata by Jaz

Hi wassup hello everyone.

Sooo siapa tak suka makan kan dalam dunia ni. Siapa suka makan kita geng *gimme five! Yip yip. Jadinya baru-baru ni duduk heboh lah pasal Chizza terbaru katanya keluaran KFC, dahlah aku ni memang peminat tegar KFC haritu pi beli lah nak merasa jugek katanya.


Yang ni gambar aku dapat dari gambar promotion daripada Google sekian harap maklum. Lepastu duduk ternampak iklan selalu keluar kat Youtube, fuh menyelerakan, menggiurkan. Lepastu aku pun pi beli. Actually aku ada buat Boomerang untuk Chizza yang aku beli tu tapi tak boleh upload pula tak tahu kenapa, bukan tak boleh upload tapi jadi sekat-sekat jadinya aku Google je lah eh gambar yang ada iras-iras Chizza yang aku makan hehek, maap. Terkhilaf lupa nak gambar ye lah tak de nak post mana-mana masa tu sebab blog ni belum wujud.

Sumber abadi: Google images

Melalui deria rasa yang aku ada, dari tindak balas taste bud aku, gitu, mula-mula makan rasa macam masam-masam sikit, bagi aku cheese atas tu takda function sebab tak rasa sangat lol. Jangan lah marah ye KFC saya hanya meluahkan hasil daripada tindak balas taste bud saya sahaja, plus this is my honest opinion towards your product, and paling penting customer always right, tidak bah haha main-main syak luls. Second thing, rasa jugalah beberapa cebis nenas diatas tu, sedap juga, ayam tu rasa macam isi ayam KFC biasa, that's all yáll.

Tapi saya bukan macam orang lain yang mau marah-marah pasal appearance Chizza ni bida' (same meaning as tidak menarik/cantik), bagi saya biasalah tu, dalam gambar, dalam iklan semua lagi cantik macam kau juga, di Instagram punya main lawa, flawless sekali depan-depan? Eh hehek just kidding. Memanglah bah di iklan nampak sedap itu lah fungsi iklan goda orang untuk beli dia bukan kau tidak tau. Itu salah kau lah sudah tergoda dengan iklan, makan saja lah apa yang ada tidak payah marah-marah haha. 

Conslusion dari saya, okaylah tidak lah sehampa mana pun rasa dia cause I still can taste my yummy KFC chicken flesh beneath sebab harga pun tidak mahal sangat kan so what do ya guys expect? Okay that's all for now, bye yáll, thank you reading!

Let you be you, let me be me. Be the best version of you.
Love, A.





Comments