Best Places to Visit in Sabah -part 1 #travelbebels

- ft. All We Know by The Chainsmokers & Phoebe Ryan

Hi wassup hello everyone.

Sekarang ni baru pukul 10.43 P.M., malam masih muda (walhanya aku dah tertidur petang lama sangat hehek) jadinya seeloknya buat entry baru ye dok. Jadinya, let me write about travel lah siapa tak suka travel, if travelling was free you never see me again, gitu.

Seperti yang sudah dinyatakan dalam entry pertama, saya ini urang Sabah. So it's so afdal (same meaning as sebaiknya) kita mulakan dari tempat sendiri, you good people? Hell yuh. For being a proud Sabahan, ceh haha lemme starttt! Bagi saya, pertama sekali, kalau orang mau travel pergi Sabah pergilah dum-da-dum-tsss* bunyi drum kenen*



1. Ranau

Let me elaborate. Sebab bagi saya Ranau sangat cantik, sejuk dan tidak jammed. Okay kalau pergi Ranau boleh pergi Desa Dairy Farm di Kundasang. Dulu-dulu masa kecik tiada ais-krim gelato ka, tiada jual-jual keychain. Kalau pergi sekarang, ada banyak aktiviti boleh buat, bagi makan lembu, boleh beli ais-krim yang memang kena buat dari susu lembu segar, beli susu banyak perisa lepastu picit susu lembu. Masa dilaluan pergi tempat lembu tu pemandangan pun cantik-cantik bah, siapa suka post-post di Instagram tu, di  Facebook ka, boleh lah acah-acah oversea orang bilang haha.

Lepastu, pergi, Tagal Luanti Fish Spa. Disini, ada ikan-ikan nanti dalam sungai yang panjang yang akan gigit kita. Orang-orang bagitau yang this is one of therapy dan sangat bagus untuk kulit kita apalagi yang kulit-kulit mati ka. Bukan kaki ja boleh rendam, ada orang yang kasi rendam satu badan  juga. Perlu pergi sini sebab rare lah bah kan bukan selalu mau main-main sama ikan, lepastu kasi cantik kulit lagi begitu. Entrance fee kurang dari RM 10 tapi kalau foreigner tu harga lain. Tagal tu  maksud dia macam tidak boleh tangkap ikan sesukahati tapi ada juga yang cakap tagal ni macam satu perangkap ikan yang besar dan luas sebab tu lah ikan-ikan tu disana ja, then Luanti pula nama kampung disana. Lepastu ada jambatan panjang boleh naik, bah boleh feeling-feeling lagu Jambatan Tamparuli lah sana hehek.

Mungkin sampai sini dulu ah entry kali ni, ni baru part 1 plus ni baru di Ranau pun belum habis. Bukan apa, kalau boleh saya mau elak tulis entry panjang-panjang entah nanti kepuasan baca. Nanti saya sambung balik okay, bye yáll.

Let you be you. let me be me. Be the best version of you.
Love, A. 
P/s: Belum lagi ada mouse jadi semua entry masih belum ada gambar-gambar ka, sorry ah. 

Comments

  1. I'm sabahan also.. from KK :) Nice to meet you!
    www.ciknurul23.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh hi! *waving hands* nice to meet you too, done visiting yours ♡

      Delete

Post a Comment